.

Kumpulan lelaki bersenjata samun RM 1.4 Juta di RNR


Ipoh : Kumpulan bersenjata yang disyaki bersenjatakan pistol dan tukul besi, semalam menyamun sebuah kereta berjenis Mercedez Benz dan turut membawa lari wang tunai kira-kira RM 1.4 juta di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.

Kejadiaan dianggarkan kira-kira berlaku pada pukul 9.15 malam. Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada lima orang lelaki dikatakan menaiki dua jenis kereta iaitu kereta berjenis Toyota Vios dan Honda Civic. Suspek dipercayai telah mengepung mangsa dari dua arah iaitu di depan dan di belakang.



Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa dilaporkan mempunyai perniagaan jual beli emas. Mangsa ketika itu, dalam perjalan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan jual beli emas. dan berhenti di RNR berkenaan untuk membeli makanan.

Siasatan yang dilakukan mendapati, dua suspek memiliki pistol dan seorang lagi menggunakan tukul besi. Kelima-lima suspek telah menggunakan topeng muka, katanya lagi. Tiada tembakan dilepaskan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.


Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :