jet SU -24 millik Rusia ditembak jatuh oleh tentera Turki |
Ankara : Pesawat tempur Turki dikhabarkan telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera milik Rusia yang didakwa menceroboh ruang udara negara itu, hari ini.
Laporan rangkaian berita CNN-Turk dan NTV menyebut, Moscow mengesahkan sebuah jet tempur jenis SU-24 ditembak jatuh di sempadan Syria dan menepis tuduhan sekeras-kerasnya bahawa pihaknya menceroboh ruang udara Turki.
Media Turki melaporkan, pihak tentera udara Turki dipercayai menggunakan pesawat jenis F-16 milik Turki untuk menembak jatuh pesawat Rusia itu.
Tentera Turki juga turut mengumumkan bahawa 2 pemandu jet Rusia itu masih selamat selepas berjaya keluar dari jet berkenaan.