BEIJING: Anak lelaki kepada bintang terkenal antarabangsa Jackie Chan dibebaskan dari penjara China hari ini selepas menghabiskan tempoh enam bulan penjara kerana kesalahan dadah.
Jaycee Chan, yang mempunyai kerjaya seperti bapanya sebagai aktor dan penyanyi, ditahan pada Ogos tahun lalu dan dituduh membantu dalam penyalahgunaan dadah selepas polis menjumpai 100 gram dadah marijuana di rumahnya di Beijing.
Jaycee sudah menghabiskan lima bulan di dalam penjara selepas mahkamah memutuskan pada bulan lalu apabila dia mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Beliau dilepaskan pagi tadi menurut ejennya M'Stones International.