Pada September 2015 lalu, Apple telah mengeluarkan dua jenis telefon pintar terbaru mereka, iaitu iPhone 6s dan 6s Plus serta memperkenalkan beberapa teknologi baru yang diusung seperti 3D Touch. Selepas mengeluarkan dua jenis telefon pintar , kini syarikat yang berpusat di Cupertino itu bersiap sedia mengeluarkan versi berpatutan dari telefon pintar terbarunya, iaitu iPhone 6c yang dianggarkan bakal dikeluarkan pada Februari 2016.
Rahsia bilakah iPhone 6c ini dikeluarkan terbongkar dari laporan sumber yang tidak disebutkan identitinya, namun diharapkan laporan tersebut berasal dari Foxconn selaku kilang yang menghasilkan iPhone. Berbeza dengan iPhone 6s dan 6s Plus yang punya bentuk yang besar dengan skrin lebar, iPhone 6c dikhabarkan akan memilik skrin seluas 4 inci yang hampir sama dengan iPhone 5c. Selain itu, Apple juga masih mengekalkan ciri-ciri pengimbas cap jari atau TouchID.
Apabila menyebut keluaran 'C' sering diidentikan dengan peranti yang murah seperti iPhone 5c, namun iPhone 6c yang akan akan dikeluarkan tidak lama lagi, dibalut dengan bentuk bahan dari metal yang lebih mempunyai kesan elegan. Iphone C akan hadir dalam pelbagai warna seperti pengeluaran iPhone 5c
Walau bagaimanapun, iphone ditahap 'C' bukanlah satu telefon yang berada kelas yang lemah tetapi mengikut kepada spesifikasi ia merupakan sesuatu yang terbaik. Kemungkinan kita tidak akan mendapati ciri pilihan seperti 3D touch pada iPhone 6c ini, kerana ciri-ciri tersebut sememangnya khas untuk iphone 6s dan 6s Plus. Pada laporan yang sama juga mengatakan bahawa iPhone 6c akan berada di bawah julat harga antara 400-500 USD. Dari segi harga menunjukkan ia tidak berubah dengan 2 jenis telefon pintar sebelum ini cuma dibezakan hanya beberapa dolar.