Bekas tentera Israel Ido Gal Razon, menceritakan bahawa dia benar-benar dalam keadaan trauma selepas dia berhenti berkhidmat sebagai seorang tentera. Ido menceritakan kegelisahannya ketika ini apabila sering kencing malam dan tidak boleh makan.
Dia juga sering diganggu suara aneh yang bertanyakan mengapa dia melakukan pembunuhan.
Ini dinyatakan ketika memberi keterangan kepada jawatankuasa khas parlimen Knesset selepas melakukan 'penyembelihan' penduduk Palestin di Gaza.
Dia mengaku membunuh 40 orang yang tidak berdosa dan masih tergiang-giang tangannya dibasahi darah.