.

SPRM siasat Najib


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi merekodkan kenyataan beliau mengenai SRC International Sdn Bhd (SRC) dan bagaimana beliau mendapatkan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

SPRM telah mengesahkan perkara itu dalam 1 kenyataan ringkas hari ini."SPRM mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, 5 Disember 2015 berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

"Pertemuan hari ini berlangsung selama 2 setengah jam. Perdana menteri memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.  "SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," kata agensi anti rasuah itu.

SRC ialah bekas anak syarikat firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pegawai SPRM bertemu Najib pada Khamis lalu bagi menetapkan 1 temujanji untuk merakamkan kenyataannya mengenai perkara itu.

Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :