Esah Ahmad . Photo Kredit : Berita Harian |
Menurut Zamri "Sekiranya mereka mempunyai keupayaan untuk mengendalikan tugas sebagai seorang ketua kampung, maka mereka tidak boleh dihalang atas nama gender mereka," . Zambry menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini, hari ini. Katanya, Esah adalah antara 288 orang daripada kaum Melayu yang baharu dilantik untuk menggalas tanggungjawab itu bagi tempoh dua tahun mulai Januari 2016. Keadaan ini sebenarnya bertujuan untuk membina keupayaan kaum wanita dalam menguruskan sesuatu dengan baik.
Zamri juga turut memberi impak yang positif kepada Esah berikutan tanggungjawab dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Esah sangat mengkagumkan serta perlu diikuti oleh golongan wanita yang lain.
Zamri turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju melantik tujuh ketua kampung daripada kaum India di kawasan yang telah dikenal pasti iaitu Kampung Hendra di Sungkai, Kampung Soon Lee di Bagan Serai, Kampung Tun Sambanthan di Ayer Tawar, Kampung Kamatchi dan Kampung Sungai Sumun di Hutan Melintang, Kampung Kinta Valley di Kampar serta Kampung Pundut di Lumut.
"Sebelum ini kita mempunyai ketua kampung daripada kaum Melayu, Orang Asli dan kaum Cina. "Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan jawatan ketua kampung dari kaum India berdasarkan kepadatan penduduk masyarakat India di kawasan yang telah dikenal pasti," katanya.