Emma Maembong |
Fatimah Rohani Ismail atau mahu dikenali sebagai Emma menjelaskan beliau berkongsi perkhabaran gembira kakaknya, bahawa kakaknya Yaya sudah hamil lima bulan dan hairan dengan tindakan sesetengah pihak menghebohkan sesuatu yang negatif mengenainya.
"Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini.
"Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula. Namun, beliau meluahkan rasa gembira kerana Yaya kini sedang hamil lima bulan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama Wan Raja. Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 39, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 38, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember 2014 dengan sekali lafaz.
#Diminta netizen sentiasa membaca dan tidak membuat tuduhan melulu.