Pengurus West Ham United Slaven Bilic menegaskan Manchester United bukanlah lawan yang membosankan di bawah kendalian Louis Van Gaal, walaupun mereka bukan lagi dibawah kendalian Sir Alex Ferguson. Bilic tetap yakin bahawa Manchester United tetap akan memberi saingan yang kuat menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris esok.
Manchester United kini dikritik teruk oleh peminat sendiri termasuk bekas pemainnya, Paul Scholes dan Rio Ferdinand, yang merasakan corak permainan kelab itu bermain bola sepak seolah-olah 'tidak bermaya' dan 'membosankan' di bawah Van Gaal.
Walau bagaimanapu Bilic tetap menyentuh mengenai rentetan keputusan perlawanan yang baik dilalui United yang menyaksikan mereka mendaki ke tangga ketiga liga dan hanya satu mata di belakang pendahulu Manchester City yang menjadikan mereka sebagai sebuah pasukan yang berkesan.
"Saya tidak pernah melihat mereka sebagai pasukan yang membosankan sebaliknya mereka adalah satu pasukan yang sukar ditewaskan," kata Bilic. "Anda boleh katakan bahawa United adalah berbeza daripada sebelumnya, terutama di laman sendiri ketika lawan mereka perlu bertahan dengan ramai pemain, sangat teratur dan suka menyerang.
"Jika ini yang dilihat, United tidak boleh bermain secara terus atau rentak yang laju. Kami boleh memanggilnya bola sepak terkawal, kami boleh memanggilnya bola sepak penuh kesabaran tetapi setakat ini ia sangat berkesan kerana mereka kini berada dalam posisi yang bagus dalam liga."