Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Photo Kredit : The MalaysianInsider |
Kuala Lumpur, - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini telah mengesahkan bahawa kesahihan surat pekeliling dalaman yang melaporkan kehadiran pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur dan juga di Sabah yang sebelum ini tersebar di media sosial.
Beliau juga meluahkan rasa tidak senang berikutan terbocornya maklumat sensitif itu.
Walau bagaimanapun, Khalid berkata pihak polis kini giat beroperasi dalam usaha memantau semua potensi ancaman dan tindakan sedang diambil oleh pihak berkuasa untuk menggagalkan atau pun meneutralkan mereka.
"Kita tidak akan benarkan perkara seperti itu berlaku," katanya
Surat pekeliling yang bertarikh 16 November dari Ibu pejabat Polis Sabah itu berhubung dengan maklumat mengenai satu "mesyuarat dan rancangan" yang telah diadakan antara Kumpulan Abu Sayyaf, militan IS dan juga Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.
Surat itu juga menyebut mensyurat terbabit diadakan pada 15 November lalu di Sulu serta dihadiri oleh 14 pemimpin dari ketiga-tiga kumpulan terbabit dan 50 anggota Abu Sayyaf yang bersenjatakan senapang M16, pistol dan juga bom.
Pekeliling itu turut mendedahkan rancangan kumpulan-kumpulan ini untuk merekrut ahli baru serta menghantar elemen Abu Sayyaf ke Sabah dan Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga turut menyebut buat masa ini Abu Sayyaf dan IS mempunyai lapan pengebom berani mati di Sabah dan 10 di Kuala Lumpur.
"Kumpulan pengebom berani mati ini telah menjalani latihan ketenteraan di Syria, Afghanistan dan Iraq, serta sedia menerima arahan daripada ketua mereka untuk melancarkan serangan / pengeboman."