Photo: Berita Harian |
Kuantan: Selepas gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Hoki Remaja tahun hadapan, skuad negara tampil dengan aksi yang cukup menyakinkan selepas membelasah Bangladesh 8-0. Kemenangan skuad negara itu membolehkan mereka memenangi kedudukan ke 5 bagi Piala Remaja Asia 2015.
Gol kemenangan skuad negara dijaringkan oleh Rohulamin Sufi Ismat, Samsul dan Jazlan Nazmi yang masing-masing menyumbat dua gol. Manakala gol ketujuh diperoleh Rahman Anwar. Tamat permainan Malaysia 8-0 Bangladesh.