.

Kedah, Pahang, Selangor dan Felda mara ke Separuh Akhir

jdt

Harapan juara bertahan liga super JDT, untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2015 tidak kesampaian berikutan tewas 2-1 (Aggregate 3-2)  terhadap Felda United. JDT bermain secara longlai di separuh masa pertama dan ketinggalan seawal minit ke 4 apabila penyerang import Felda United Thiago Augusto mudah menyempurnakan sepakan penalti apabila bola yang dilambungkan oleh Jayaselan terkena pemain tengah JDT, Haris Harun.



Bermula babak kedua, JDT bermula baik dan berjaya menjaringkan gol melalui Syafiq Rahim pada minit ke 49. JDT kemudiannya melakukan asakan bertali arus ke pintu gol Felda namun ketangkasan penjaga gol Felda, Farizal Harun menafikan segala percubaan berbahaya pemain JDT. Keangkuhan JDT menyerang akhirnya dihukum dengan serangan pantas Felda dan berjaya menghasilkan gol melalui pemain impot dari Libya Zar Krahan pada minit ke 78 selepas mendapat hantaran baik dari Augusto. Tamat perlawanan JDT 1-2 Felda United.

Sementara itu, di Stadium Jalan Besar, Lions XI yang berjaya mendapatkan dua gol awal tidak mampu menambah gol seterusnya mereka tersingkir dari Piala Malaysia 2015 selepas tewas aggregate 4-3 terhadap Pahang. Kekalahan itu menandakan tamatlah perlawanan Lions XI dengan kelab di Malaysia berikutan FAM tidak menyambung kontrak FAS untuk musim akan datang.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kedah berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila menundukkan PKNS 3-1 (aggregate 4-2). Perlawanan dicemari dengan insiden pergaduhan, namun pengadil perlawanan berjaya mengawal perlawanan sehingga tamat perlawanan.

Manakala di Stadium Shah Alam, harapan Sarawak untuk mara ke separuh akhir berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 terhadap Selangor. Dengan keputusan seri ini, Selangor berjaya melayakkan diri kepusingan separuh akhir Piala Malaysia 2015.


Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :