Petaling Jaya : Seorang warga emas didapati telah dikasari oleh samseng jalan raya hanya kerana tidak memberi laluan kepadanya. Samseng berkenaan bertindak biadap apabila menarik rambut warga emas tersebut serta menghentaknya.
Dalam video yang berdurasi 3 minit 56 saat itu, memaparkan tiada sebarang reaksi yang diambil oleh warga emas berkenaan walaupun beliau dikasari oleh samseng jalan raya berkenaan. Beliau hanya menunjukkan rasa tidak puas hati kepada samseng berkenaan namun tidak membalas perbuatan samseng berkenaan.
Keadaan semakin kecoh selepas warga emas itu menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada samseng berkenaan apabila samseng itu sekali lagi menampar muka warga emas tersebut.
Orang Awam yang lalu di kawasan berkenaan berasa marah, dan ada yang datang membantu warga emas berkenaan dengan memberi amaran kepada samseng berkenaan.
Keadaan semakin pulih apabila ramai yang mengeremuni tempat kejadian dan ia membuatkan samseng berkenaan tidak senang lalu meninggalkan kawasan berkenaan bersama ahli keluarganya.