.

Rekod tanpa kalah Juventus lebur

 

Milan: Rekod tanpa kalah Juventus di laman sendiri akhirnya berjaya dipadam , apabila tewas kepada Forientina 2-1 hasil jaringan kemenangan pemain yang dipinjamkan dari Chelsea, Mohamad Salah. Salah yang dipinjamkan dari Chelsea begitu cemerlang sejak memijakkan kaki di Florence bulan lalu, pemain antarabangsa Mesir itu sudah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan dalam Serie A dan menyumbatkan gol ketika menang 2-0 dalam saingan Liga Europa ke atas Tottenham di Florence, minggu lalu.

Salah, 22, mengekalkan prestasi cemerlang untuk menconteng aib di muka Juve dengan kekalahan pertama di tempat sendiri sejak saingan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada April 2013.Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri merehatkan penyerang, Carlos Tevez dan Alvaro Morata dengan menurunkan Fernando Llorente dan Kingsley Coman.



Salah meletakkan pelawat di depan pada minit ke-11 dengan gol cantik. Salah mengutip bola dekat garisan tengah dan memperdaya tiga pemain Juventus sebelum merembat melepasi penjaga gawang, Marco Storari.
Llorente menyamakan kedudukan untuk tuan rumah apabila menanduk kencang hasil hantaran Simone Pepe dan melepasi jangkauan penjaga gol, Norberto Neto pada minit ke-24.

Tevez masuk menggantikan Coman sebelum wisel babak pertama dan membuat dua percubaan yang berjaya disekat. Juventus berupaya bertahan sepanjang babak separuh masa kedua.

Pelawat membuat dua percubaan selepas babak separuh masa kedua baru bermula menerusi Micah Richards dengan rembatan jarak dekat tetapi terkena palang sebelum tandukan Marcos Alonso turut melepasi palang.

Kira-kira 11 minit separuh masa kedua, Salah sekali lagi menyerlah apabila menguasai kemas bola dalam kawasan Juventus untuk menguis masuk melepasi Storari untuk gol keenam daripada tujuh perlawanan. - AFP
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :