.

Che Ta kini bertudung



Pelakon terkenal tanah air Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin pada Khamis.

Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.

Tambah Afeeq lagi, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baru pengacara Primadona itu.

Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas dan selamat tiba dari tanah suci Mekah pada tengahari tadi.

Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :