Filem yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Mac ini, Cicak Man 3 arahan Yusry KRU menjadi perhatian ramai kerana kostum yang digunakan dikatakan hampir bernilai RM100,000.
"Kostum tersebut agak mahal kerana ia sangat sukar untuk dibuat dan memakan banyak masa untuk disiapkan", kata Yusry
Menurut Yusry, jalan cerita Cicakman 3 sebenarnya lebih kearah kekeluargaan. Memang kami mahu menarik minat kanak-kanak untuk menonton filem ini. Genre sebegini jarang diterokai. Kami mahukan kelainan. Mengenai costume yang dipakai oleh Cicakman yang nampak agak tidak beberapa menarik, ia sebenarnya mengikut logik jalan cerita. Cicakman 3 mempunyai isteri dan anak. Dia obsess kepada Cicakman. Costume pun dbeli di kedai costume kerana mahu meraikan hari lahir anaknya. Jadi ia kena selari dengan jalan cerita. Nanti costume yang hebat tetapi sebenarnya tidak kena dengan penceritaan.
Cicakman 3 mengisahkan Cicakman yang terdahulu telah meninggalkan Bandar Metrofulus. Man(Zizan Razak) merupakan peminat setia yang taksub dengan Cicakman sehingga isterinya, Linda (Lisa Surihani) memfailkan perceraian disebabkan tingkah laku Man yang tidak matang. Man bertambah tertekan dengan kehadiran Inspektor Adam(Fizz Fairuz) yang cuba memenangi hati Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui serum kepunyaan Cicakman yang memberikan Man kuasa luar biasa. Sementara mempelajari untuk mengawal kuasa dan menjadi adiwira di Bandar Metrofulus, Man menghadapi cabaran baru dengan kemunculan seorang adiwira baru iaitu Super-Bro.