.

Jonny Evans dan Papis Cisse bakal digantung 6 perlawanan


LONDON: Pemain pertahanan Manchester United, Jonny Evans dan penyerang Newcastle United, Papiss Cisse berkemungkinan besar bakal digantung enam perlawanan andai didapati bersalah kerana meludah.



Kedua-dua pemain ini kelihatan meludah di antara mereka ketika menghadapi perlawanan Liga Perdana Inggeris di St James Park, pagi tadi.

Pengadil, Anthony Taylor bertindak memberi amaran kepada mereka namun tidak dilayangkan sebarang  kad.

Persatuan Bola Sepak (FA) bakal mengambil tindakan dan sedia mengambil laporan daripada Taylor sebelum memutuskan sama ada sebarang tindakan diambil.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :