.

Khairy Jamaluddin timang cahaya mata ketiga


KUALA LUMPUR: Nori Tun Abdullah, isteri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ , semalam selamat melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu, seorang bayi lelaki.


Berkongsi berita gembira itu dalam akaun Facebook beliau, Khairy berkata anak lelakinya itu dilahirkan pada jam 3.53 petang.

"Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Selamat berjaya menulis nama mu nanti di sekolah, anak lelaki ku!," tweet Khairy dan turut memuat naik gambar bayinya itu.


"Saya tidak tahu tentang jantinanya sehingga dilahirkan. Ia anak lelaki!," katanya dengan bangga.
Nori ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.

Khairy juga sempat bergurau dengan mengatakan dia masih kekok untuk memandikan anaknya yang baru dilahirkan itu kerana sudah 6 bulan tidak berbuat demikian.

Berkahwin pada 2001, Khairy dan Nori sudah mempunyai dua anak lelaki - Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah, setahun kemudian.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :