PARIS: Kementerian Dalam Negeri Perancis mengesahkan lokasi serpihan pesawat Airbus A320 Germanwings yang terhempas terletak di ketinggian 2,000 meter di Banjaran Alps.
Jurucakap kementerian, Henry Brandet, berkata beliau menjangkakan operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas 'amat sukar dan panjang' kerana kawasan itu sangat terpencil.
Namun media melaporkan tiada seorang pun terselamat dalam nahas terbabit.
Punca dan nahas tersebut berlaku masih belum diketahui. Namun kerajaan Perancis akan membuat kajian susulan selepas menemui bangkai pesawat berkenaan.
Pesawat berkenaan menghantar isyarat kecemasan jam 10.45 pagi waktu tempatan hari ini kata, Brandet.
Beliau berkata, senarai penumpang sedang disahkan. - AP