Liverpool : Selepas gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Piala Eropah, Liverpool kini mempamerkan siri kebangkitan yang menakjubkan di Liga Perdana Inggeris dalam usaha mereka melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan . Terdahulu mereka berjaya menundukkan pasukan di tangga kedua liga ,Manchester City dengan keputusan 2-1.
Bekas pemain Liverpool dan England, Danny Murphy menganggap kemenangan Liverpool ke atas Manchester City adalah disebabkan kerja keras P. Countinho dan Adam Lallana .
" Mereka jelas mempamerkan aksi menakjubkan terutamanya ketika babak kedua bermula sehingga membuatkan barisan pertahanan City sentiasa kelam kabut" katanya..
"Bagi saya mereka perlu dikekalkan dalam setiap perlawanan kerana mereka banyak memberi impak positif kepada Liverpool pada musim ini" katanya lagi.
Murphy juga memuji taktikal 3-4-3 yang digunakan oleh Rodgers yang menyukarkan pihak lawan untuk merencana serangan baru.
Pahang tewaskan JDT..Baca selanjutnya di sini!