Muhammad Azri Zulkifli, 20, berkata selain memberi tumpuan dalam kelas dan belajar secara berkumpulan, dia sering berdamping dengan guru bagi memahami dengan jelas apa yang dipelajari dalam kelas.
"Setiap orang mempunyai impian untuk berjaya, apa yang saya lakukan ialah berusaha dengan mengulang kaji pelajaran secara konsisten bersama rakan-rakan pada waktu malam kerana kami tinggal di asrama.
"Selain itu, saya sering mengamalkan minum air bacaan surah Yasin yang dibekalkan ibu dan membaca al-Quran sebagai rutin harian," katanya yang menetap di Batu Maung, di sini.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berjaya mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.83 melalui lima mata pelajaran yang diambil dengan memperoleh Pengajian AM (B+), Sejarah (A), Bahasa Arab (A), Syariah (A) dan Usuluddin (A).