.

Chelsea dan Everton didenda



LONDON:Chelsea dan Everton bakal didenda sebanyak 30,000 pound kira-kira RM166,98 di atas kekecohan yang dicetuskan oleh kedua-dua pasukan ketika satu perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, bulan lalu, menurut FA England.



Ketegangan berlaku pada penghujung babak perlawanan apabila pemain daripada kedua-dua pasukan gagal mengawal perlawanan dan seterusnya membawa pertelingkahan dan pergeseran di dalam gelanggang.

"Berikutan insiden yang berlaku pada minit ke-88 pada perlawanan 11 Februari 2015 yang lalu, kedua-dua kelab didenda selepas gagal mengawal pemain masing-masing," menurut satu kenyataan FA.

Kedua-dua pasukan telah menerima hukuman  tersebut dengan sebulat suara dan mereka juga ditegur agar tidak mengulangi lagi tingkah laku itu yang boleh mengundang masalah buat mereka.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :