PUTRAJAYA:Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,970 pada tahun lepas.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran , di dalam satu taklimat khas analisis keputusan SPM 2014.