.

Kabinet arah tambang pengangkutan awam ditangguhkan


Pagoh: Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam yang berpendapat kenaikan tambang pengangkutan awam itu tidak sesuai pada masa sekarang. “Kabinet semalam berbincang tentang perkara itu dan berpendapat asas untuk kenaikan itu ada... seperti kata sudah lama tambang tidak naik dan pengusaha (pengangkutan awam) menanggung kerugian, seterusnya tidak dapat membayar gaji pekerja dengan setimpal.

“Isu yang timbul termasuk soal kecekapan dan mereka merayu. Asas itu memang ada, cuma soal yang berbangkit tidak sesuai (dinaikkan ketika ini). Beban pengguna mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar yang menggunakan pengangkutan awam. Sehubungan itu, SPAD harus menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti diumumkan kelmarin,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO

Cawangan-cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini. Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed; Naib Ketua UMNO bahagian, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Ketua Wanita UMNO bahagian; Senator Datuk Noriah Mahat; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Zaid Abd. Rahman dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Rohaizah Ahmad. Kelmarin, SPAD mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus, manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus, berkuat kuasa bermula 15 Mei ini.

 Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, penangguhan berkenaan juga dibuat kerana waktunya hampir dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

“SPAD perlu melihat keadaan itu secara keseluruhan dan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti. “Selain itu, SPAD sementara itu, boleh berbincang dan membawa perkara tersebut ke Kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak. Ambil kira pandangan pelbagai pihak walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Pelan Pendidikan Negara 2015 untuk sektor pengajian tinggi pada 7 April ini, bertujuan meningkatkan kualiti pengajian tinggi pada masa depan. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, program itu yang mengambil masa selama 10 tahun
merupakan inisiatif kerajaan walaupun menyedari kualiti universiti awam dan swasta tempatan di negara ini membanggakan.

“Kita anggap melalui pelan ini yang khusus untuk pengajian tinggi akan dapat meletakkan negara kita ke satu tahap lebih maju kerana kita mahu menjana modal insan yang berkualiti. “Universiti kita sudah mengeluarkan produk manusia berkualiti dan berkredibiliti. Namun, kita perlu mengambil kira perkembangan global dan persaingan di peringkat antarabangsa supaya graduan lebih berdaya saing dan berkualiti,” katanya.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :