.

Kenaikan harga minyak tidak jejaskan harga barang


SEREMBAN:

Kenaikan harga minyak pastinya akan memberi kesan kepada orang awam. Namun Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada sebarang peningkatan harga barang yang akan berlaku terutamanya di seluruh pasar tani di Malaysia.



Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana kementeriannya akan tetap memantau dan  meneruskan program yang melibatkan minimum 73 barangan dengan penurunan harga minimum sebanyak lima hingga 20 peratus.

"Harga ini lebih murah berbanding di pasar lain, itu akan kita kekalkan. Jadi para peniaga kena konsisten. Bila harga minyak turun tempoh hari, peniaga kata itu tidak memberi sumbangan yang besar kepada kenaikan atau penurunan harga.

"Jadi, sekarang ini harga minyak naik, jangan jadikan alasan harga minyak pula untuk menaikkan harga barang," katanya pada sidang media selepas menghadiri program pemimpin bersama pemasar di Pasar Tani Paroi Jaya di sini hari ini.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :