.

Petrosaudi umum semua dana 1MDB sudah dibayar balik


KUALA LUMPUR: PetroSaudi International (PetroSaudi) memberitahu media bahawa mereka sudah membayar balik semua dana kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kedua-dua pihak tiada lagi hubungan kewangan atau perundangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PetroSaudi menegaskan semua dana 1MDB sebelum ini pergi kepada entiti miliknya dan sebarang andaian lain adalah palsu.

"Selepas 1MDB keluar, PetroSaudi telah membayar 1MDB dengan penuh dan kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dari segi kewangan atau perundangan," menurut kenyataan syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak itu.

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan berbentuk fitnah yang dilemparkan oleh media tertentu berhubung kerja sama antara PetroSaudi dan 1MDB.

Sehubungan itu, PetroSaudi menegaskan mereka dalam usaha mendapatkan nasihat guaman untuk tindakan sewajarnya bagi menangani tuduhan jahat dan fitnah itu.

Keadaan tersebut dilakukan bagi memulihkan semula maruah agensi berkenaan agar tidak dipandang serong oleh sesetengah individu.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :