.

Duta Amerika dikelar di Seoul


WASHINGTON: Duta Amerika ke Korea Selatan, Mark Lippert, cedera dalam serangan ketika berucap pada satu forum di Seoul tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa, menurut Jabatan Negara AS.

"Kami mengutuk perbuatan ganas itu," kata jurucakap wanita Jabatan Negara, Marie Harf, sambil menambah Lippert sedang dirawat di sebuah hospital.



Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Bernadette Meehan, pula berkata Presiden Barack Obama menghubungi Lippert dan berharap beliau segera sembuh.

"Presiden menghubungi Duta AS ke Republik Korea, Mark Lippert, untuk menyatakan kepada beliau dan isteri, Robyn, sentiasa dalam ingatan dan doanya serta berharap beliau segera sembuh," kata Meehan.

Lippert, 42, sedang berucap pada satu forum di Seoul apabila seorang yang tidak dikenali menyerang dan mengelar beliau di muka dan pergelangan tangan kiri. - Reuters
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :