.

Gempa bumi kuat gegar Indonesia



KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 6.37 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 71 kilometer barat laut dari Siberut, Indonesia dan 511 km barat daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Gegaran dirasai di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini. - BERNAMA
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :