Pos Malaysia hari ini menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan penjualan produk prabayar Pos Laju palsu yang dikesan berlaku dalam pasaran sejak akhir-akhir ini.
Dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Pos Malaysia, syarikat berkenaan telah mengesan produk prabayar Pos Laju palsu dijual secara haram di pasaran. "Bagi mengelak supaya pengguna tidak terpedaya dengan penjualan produk prabayar Pos Laju palsu, pengguna diminta membeli produk prabayar Pos Laju tulen yang hanya boleh didapati di semua outlet Pos Malaysia dan Pos Laju serta ejennya yang sah,".
Menurut Pos Malaysia lagi, jika syarikat berjaya mengesan penggunaan produk prabayar palsu berkenaan , syarikat mempunyai hak untuk tidak menerima atau memproses
bungkusan berkenaan. Pos Malaysia juga akan menyiasat kes yang dilaporkan serta mengambil tindakan terhadap individu atau entiti yang didapati bersalah.
Bagi penggunaan yang ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan boleh disalurkan kepada Jabatan Khidmat Pelanggan melalui talian telefon 1-300-300-300 bermula dari 8.30 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Jumaat, dan mulai 8.30 pagi hingga 5 petang pada Sabtu. Pelanggan juga boleh berinteraksi melalui akaun Facebook rasmi Pos Malaysia di https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad untuk sebarang pertanyaan mengenai produk prabayar Pos Laju.