Photo : SinarHarian |
Penolong pengadil 2, Asmadi Nor menerima hukuman digantung selama 2 minggu manakala pengadil perlawanan, penolong pengadil 2 dan pegawai ke-4 digantung sementara waktu sehingga dibicarakan pada mesyuarat Jawatankuasa pengadil akan datang.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tindakan FAM itu adalah disebabkan analisis melalui rakaman video serta melalui penilai pengadil bagi perlawanan tersebut, Zainal Abidin Yaacob. Hamidin menegaskan bahawa hukuman itu dilakukan berikutan kesilapan pengadil perlawanan yang tidak mengadili perlawan dengan undang-undang permainan yang telah ditetapkan.
Pengadil jelas membuat kesilapan apabila membenarkan pemain PKNS untuk memulakan sepak mula ketika pemain Kedah masih berada di kawasan pasukan lawan dan ketika itu Sandro Da Silva masih meraikan kejayaannya menyumbat gol kedua pasukan Kedah. Kesilapan itu membolehkan PKNS merapatkan jurang kepada 2-1 selepas ketinggalan 2-0.
Hamidin juga meminta semua pengadil bersiap sedia ketika mengadili perlawanan dan tidak hilang fokus ketika di dalam padang. "Kesilapan tersebut mungkin disebabkan pengadil berkenaan mungkin terlepas pandang dan tidak mengharapkan keadaan itu kembali berulang".
Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia akan dijadualkan bermula esok menyaksikan pasukan Pahang yang bermain tempat sendiri akan melayan kunjungan Selangor manakala Kedah akan membuat perhitungan antara pasukan kelab, Felda United di Stadium Selayang.