Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Aziz Kaprawi hari ini bertegas mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pengusaha syarikat ERL menaikkan kadar tambang. Kenaikan itu adalah disebabkan syarikat pengangkutan mengalami kerugiaan selepas 14 tahun tidak menaikkan cas tambang berkenaan.
Beliau juga, menyarankan pengguna untuk membuat pemilihan pembayaran sama ada secara tunai ataupun kad kredit. Walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak, kerajaan tetap akan membenarkan pengusaha syarikat berkenaan berikutan kerugian yang dialami syarikat berkenaan semakin meningkat.
Katanya lagi, pengguna boleh mendapatkan harga yang murah dengan pembelian pakej travel untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju.