James Milner - Mirror |
Pada perlawanan itu Liverpool ketinggalan satu gol dalam situasi pelik pada minit 33 , apabila penjaga gol, Simon Mignolet dipersalahkan kerana memegang bola selama 20 saat berbanding enam saat yang dibenarkan. Henri Saivet berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma itu tetapi Liverpool menyamakan kedudukan lima minit kemudian apabila James Milner menyempurnakan sepakan penalti selepas Ludovic Sane mengasari Christian Benteke di dalam kotak penalti. Bintang Belgium itu kemudian menjaringkan gol yang memberikan kemenangan kepada Liverpool dalam masa tambahan sebelum rehat.
Kredit-thefa.com |
Malang menimpa juara Scotland, Celtic apabila gagal untuk meraih kemenangan untuk kali ke-10 berturut-turut dalam saingan Liga Europa berikutan tewas 2-1 kepada Ajax dalam Kumpulan A. Callum McGregor meletakkan Celtic di depan pada minit keempat tetapi Arkadiusz Milik menyamakan kedudukan pada minit ke-21 untuk kelab Belanda itu. Pemain gantian Ajax, Vaclav Cerny menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki dua minit untuk menghidupkan peluang pasukannya untuk mara manakala Celtic tersingkir apabila Fenerbahce menang 2-0 ke atas Molde yang sudah layak ke peringkat seterusnya.