Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan semua penjualan rokok elektronik atau vape adalah diharamkan di negeri Johor . Menurut akhbar The Star, Sultan Ibrahim memberi masa kepada peniaga-peniaga vape di negeri itu sehingga 1 Januari 2016 untuk menutup premis mereka.
Baginda menegaskan bahawa, arahan itu bukan bertujuan menjaga kepentingan mana-mana pihak tetapi mahu memastikan masyarakat di negeri Johor bebas daripada sebarang penyakit berpunca daripada vape.
Kerajaan negeri Johor kini diarahkan untuk bersidang secepat mungkin bagi memastikan proses pengharam vape di Johor dilakukan dengan cepat. Sultan Ibrahim juga menyelar tindakan menteri-menteri yang kelihatan beralah dengan peniaga vape serta alasan untuk mengutip cukai daripada peniaga.
"Beta mahu tahu jika peniaga vape akan membenarkan ahli keluarga atau anak-anak mereka menghisap vape, jika benar ia selamat seperti yang digembar-gemburkan," baginda bertitah.
Dengan perkembangan terbaharu ini telah menjadikan Johor negeri pertama yang mengharamkan penjualan vape.
Penggunaan vape seolah-olah tidak memberi kesan kepada mana-mana golongan yang ingin berhenti merokok serta mengurangkan ketagihan merokok seperti mana yang diperkatakan masyarakat sekarang.
** Haramkan rokok dan vape adalah perkara yang tepat...