.

Credit Card terbaik di Malaysia

Credit Card

Pada zaman moden ni, mesti ramai nak sesuatu perubahan dalam hidup mereka. Mesti kena ada motor, kereta, telefon pintar, laptop dan kalau boleh duit pon tak nak simpan dalam "wallet" mesti nak kena ada kena Credit Card . Tapi perlu diingatkan Credit Card ni anda kira berhutang dengan bank dan mestilah wajib bayar balik

Apa itu Credit Card?  Credit Card merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan Credit Card, pengeluar Credit Card akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran daripada anda dalam bentuk penyata bulanan.

Bagaimana pula cara memohon Credit Card ?

Selalunya pihak bank akan menawarkan kepada anda melalui panggilan telefon. Bagi mereka yang ingin mendapatkan Credit Card walaupun tidak ditawarkan oleh pihak bank anda boleh membuatnya sendiri di bank-bank terbaik bagi anda. Apa yang perlu anda buat untuk memohon adalah dengan menyemak segala dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, surat perlantikan jawatan sekiranya ada, penyata cukai pendapatan terkini, penyata bank dan slip gaji bulan terdahulu.



Selepas selesai proses pertama, anda boleh menghantar permohonan anda di bank yang menjadi pilihan anda. Pengeluar Credit Card berkenaan seterusnya akan menilai anda sama ada layak mahupun tidak berdasarkan maklumat yang anda berikan.

Sekiranya anda berjaya, pengeluar Credit Card akan menerangkan dengan lebih lanjut terma dan syarat penggunaan Credit Card dan anda perlu faham cas yang akan dikenakan oleh pengeluar Credit Card. Anda perlu menunggu beberapa hari untuk mendapatkan Credit Card anda bergantung kepada pengeluar Credit Card yang anda pilih. Selepas anda menerima Credit Card berkenaan melalui surat mahupun di kaunter anda akan diberikan nombor pin dan selepas itu anda boleh membeli belah di tempat yang menawarkan penggunaan Credit Card.

Langkah memilih Credit Card ?

Jika anda bercadang untuk mendapatkan Credit Card , pilihlah Credit Card yang memenuhi keperluan anda. Pilihlah dengan bijak dan jangan membuat keputusan dengan terburu-buru untuk mendapatkan Credit Card anda. Baca keterangan dengan teliti, bandingkan kadar, fahami terma dan syarat untuk mendapatkan hadiah promosi atau kadar rendah sementara yang ditawarkan pengeluar Credit Card sebelum membuat keputusan.  Pastikan penggunaan Credit Card anda bersesuaian dengan jumlah gaji anda dan elakkan memboros.

Credit Card terbaik di Malaysia ?

Lima Credit Card terbaik di Malaysia terkini adalah seperti berikut.

1. BSN Credit Card- i Emas
2. BSN Credit Card- i Platinium
3. Maybank Card 2
4. Maybank Card 2 Primier
5. HSBC Amanah Credit Card-iMPower Platinium

HSBC kerap buat promo tapi yuran tahunan sakit....

** Okay setakat itu sahaja, sekiranya ada masalah bolehla komen diruangan yang disediakan..

Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :