.

Najib tidak hadir dialog PM atas nasihat polis


KUALA LUMPUR: Penganjur 'Dialog PM bersama NGO' menjelaskan ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak pada program yang dijadualkan menemukan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad disebabkan polis menasihatinya agar tidak berbuat demikian atas faktor keselamatan.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, wujudnya provokasi sebelum dialog itu bermula yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab dan faktor dewan yang terlalu kecil tidak dapat memuatkan lebih 1,000 orang sebagai antara punca dibatalkan. "Pihak polis mengambil berat mengenai perkara ini dan atas faktor itu mereka telah mengambil alih program dan menghentikannya serta-merta.

Malah ketika ucapan Tun Dr Mahathir, program ini telah diambil alih oleh pihak polis. Itulah sebabnya mereka menasihati Tun Dr Mahathir untuk berhenti berucap. "Kami akan cari tarikh baru untuk meneruskan program seperti ini," katanya pada sidang media selepas dialog dibatalkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :