.

Pengitip US ditahan di Venezuela


CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, berkata kerajaannya berjaya menahan beberapa rakyat Amerika Syarikat, termasuk seorang juruterbang, kerana terbabit dalam aktiviti pengintipan dalam negara itu.

Berucap pada satu perhimpunan, beliau berkata kerajaannya akan menegah beberapa pegawai AS daripada memasuki Venezuela sebagai tindak balas terhadap langkah sama oleh pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap pegawai kerajaan Venezuela. Selain itu beliau akan memastikan warga US akan mendapatkan permit VISA untuk memasuki negaranya dengan lebih ketat.



"Kami sudah menangkap beberapa warga AS yang menyamar dan terbabit dalam aktiviti pengintipan bagi mempengaruhi penduduk di bandar sepanjang pantai Venezuelan," katanya sambil menambah juruterbang itu ditahan di bandar sempadan Tachira.

Seorang jurucakap Kedutaan AS di Caracas berkata beliau tidak dapat mengulas kerana kurangnya komunikasi diplomatik dengan kerajaan Venezuelan. - Reuters
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :