Penyanyi wanita tanah air Alyah menyatakan bahawa rumah tangganya kini ibarat sudah hancur kerana orang ketiga. Beliau telah memberitahu kepada umum selepas memuat naik gambar wanita yang bersama Datuk Ramli MS di laman Instagramnya.
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar. Kata Alyah.
"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.