Pelakon dan pelawak terkenal Allahyarham Harun Salim Bachik meninggal dunia di Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Merah, Perak petang ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi, lapor Bernama.
Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubung media itu.
"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu,” beliau dipetik sebagai berkata.
"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.”