Dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mereka akan mengambil tiga langkah yang sewajarnya bagi menuntut keadilan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah oleh Makhamah Persekutuan.
Langkah pertama yang akan diambil adalah untuk menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim-hakim Mahklamah Persekutuan yang mengendalikan kes terbabit kerana gagal mengadili dengan telus dan saksama.
Langkah kedua , mereka akan melakukan perhimpunan di hadapan penjara Sungai Buloh dan akan melakukan solat hajat pada malam Khamis.
Wan Azizah juga menegaskan bahawa , sekiranya perlu mereka akan memohon pengampun daripada Yang Dipertuan Agong sementara barisan peguam Anwar akan mengambil keterangan yang mampu mengubah nasib Anwar walaupun tiada lagi proses rayuan.