Harry Kane yang bakal memimpin jentera serangan Tottenham awal pagi ini dilihat tidak menjadi masalah buat Brendan Rodgers yang mengharapkan pasukannya mampu memberi tekanan kepada penyerang tersebut agar tidak membuat sebarang percubaan berbahaya terhadap pasukannya Liverpool.
Brendan Rodgers menafikan bahawa penyerang berusia 21 tahun itu adalah pemain terbaik England sebaliknya beliau menegaskan anak didiknya Daniel Sturridge lebih baik berbanding Harry Kane.
Walau bagaimanapun, Brendan Rodgers yakin Kane mampu menjadi pembantu terbaik bagi Sturridge dalam siri perlawanan antarabangsa.
Untuk perlawanan menentang Tottenham, Rodgers yakin Liverpool mampu merekodkan kemenangan walaupun Tottenham berjaya menewaskan Arsenal 2-1 Sabtu lalu. Liverpool perlu menang aksi ini bagi mencerahkan peluang mereka mara ke UCL musim depan.
rekod perlawanan kedua-dua pasukan
Senarai Pemain dan Pengadil pagi ini:
Tottenham Hotspur: Friedel, Lloris, Vorm, Chiriches, Davies, Dier, Fazio, Kaboul, Rose, Vertonghen, Walker, Yedlin, Bentaleb, Capoue, Chadli, Dembele, Eriksen, Lamela, Mason, Paulinho, Stambouli, Townsend, Adebayor, Kane, Soldado.
Referee: Phil Dowd Assistants: D Bryan, S Ledger Fourth Official: P Tierney