.

Ustaz Kazim buat laporan polis



Penceramah terkenal  Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih sedap dipanggil Ustaz Kazim telah membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini semalam berhubung  dengan penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berunsur perkauman.  

Beliau telah membuat laporan polis sekitar 9.40 pagi semalam bagaimanapun tidak memberi sebarang ulasan sebaiknya mendiamkan diri dengan media yang hadir dan terus beredar dari perkarangan balai polis tersebut.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Kelantan, Pui Tiong Lam, beliau telah membuat laporan polis di balai polis Wakaf Bharu dengan mendakwa kandungan video yang berdurasi sekitar 2 minit 27 saat itu mempunyai sindiran dan seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :