.

Johor DT bersedia hadapi Bengaluru FC









Johor Darul Takzim (Johor DT) meletakkan sasaran untuk muncul selaku wakil pertama Malaysia yang berjaya mara ke pusingan kedua kempen kelayakan Liga Juara-Juara Asia(ACL ) 2015 .  MIsi tersebut mungkin dilihat agak sukar untuk direalisasikan memandangkan lawan yang bakal dtemui nanti sekiranya layak adalah pasukan yang mempunyai reputasi yang  tinggi dalam kejohanan kelab Asia ini.  Namun , kelab yang diberi jolokan Harimau  Selatan itu tetap bersemangat dan ingin membuktikan mereka mampu bersaing dengan kelab-kelab gergasi lain dalam ACL. 

Skuad Johor Darul Takzim mungkin agak tempang  malam ini memandangkan  penyerang  sensasinya Luciano Figueroa mengalami hamstring ketika pertemuan menentang Pahang sebelum ini. Namun Kapten JDT , Safiq Rahim menegaskan bahawa ia tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka apabila turun menentang kelab juara liga Inda, Bengaluru FC di Stadium keramat mereka iaitu Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Kehilangan Figueroa amat dirasai kerana dia memainkan peranan yang cukup  penting kepada Johor DT.

Sementara itu, kapten Bengaluru FC berkata pasukannya akan memberi saingan yang tinggi memandangkan ia adalah perlawanan kalah mati bagi melayakkan diri ke kejohanan terbesar Asia itu dan menegaskan mereka tidak pernah gentar dengan asakan yang akan diberikan oleh JDT.

Saksikan Siaran Langsung ini di TV9/8.30mlm
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :