.

Skuad b22 tahun negara gagal tewasjan Fiji b20


Skuad bimbingan Razip Ismail nyata belum berada di dalam prestasi yang terbaik kerana gagal menewaskan Fiji b20 dengan kekalahan 1-0 .

Babak pertama kedua pasukan mempamerkan aksi hambar dan gagal menterjemahkan sebarang jaringan.

Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi tandukan Akhir Bahari namun berjaya diselamatkan penjaga Fiji.

Bermula babak kedua, Fiji menggunakan kelebihan fizikal dan ketinggian untuk meledak gol seminit selepas tiupan wisel menerusi tandukan Antonio Tuivina.

Razip Ismail membuat beberapa pertukaran sejurus selepas itu namun tiada sebarang jaringan mampu dihasilkan.

Pemain yang dibawa masuk S. Kumaahran hampir-hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya diselamatkan penjaga gawang Fiji.

Walaubagaimanapun, disepanjang perlawanan timbul beberapa keputusan oleh pengadil yang boleh dipersoalkan.

Keputusan 1-0 kekal hingga tamat 90 minit permainan.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan mendedahkan pemain B20 Fiji menjelang bermulanya Piala Dunia B20 yang akan berlangsung di New Zealand Jun depan.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :