.

Manchester United tumbang di tangan Swansea City


Manchester United yang bercita-cita mahu melayakkan diri ke Piala Juara-juara Eropah (UCL) musim hadapan tersentak, apabila tewas mengejut di tangan Swansea. Kekalahan tersebut semakin menyukarkan impian mereka untuk ke UCL musim hadapan apabila mereka sudah diekori rapat oleh Arsenal, Southampton, Tottenham dan Liverpool.



Manchester United bermula baik apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi pemain tengah dari Sepanyol, Ander Harrera selepas mendapat hantaran baik dari Angel Di Maria pada minit ke 28.


Tersentak dengan itu, Swansea cuba merapatkan jurang dan usaha mereka berjaya, apabila pemain antarabangsa Korea Selatan Ki Sung-Yueng tidak mensia-siakan peluang terhidang di hadapannya pada minit ke 30 seterusnya menyamakan kedudukan 1-1.


Gol kemenangan Swansea hadir pada minit ke 73, selepas rembatan kencang Jonjo Shelvey yang tidak dikawal, terkena rakan sepasukannya Bafetimbi Gomis seterusnya menerjah gawang M.United untuk kedudukan 2-1. M.United kemudiannya berusaha untuk merapatkan jurang namun, benteng Swansea berjaya bertindak cemerlang dengan menafikan segala serangan berbahaya M.United.

Tamat perlawanan Manchester United 1-2 Swansea City.


 Lain-lain Keputusan



Kedudukan Semasa Liga EPL


Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :