Safee Sali yang mendapat kepercayaan Bojan Hodak membuktikan dia adalah penyerang Malaysia yang masih berbisa. Buktinya, Safee berjaya menghasilkan gol keempat JDT melalui sepakan gunting yang sangat menarik. Gol tersebut merupakan gol sulung Safee pada tahun ini.
Gol pertama JDT hadir pada minit ke 9 apabila sepakan percuma yang diambil oleh Nazrin Nawi berjaya menerjah jaring. Namun pelawat berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma.
Asakan bertali arus JDT berjaya membuahkan hasil seminit selepas itu, apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada JDT selepas terkena tangan pemain East Bengal. Safiq Rahim mudah menyempurnakan peluang tersebut seterusnya meletakkan kedudukan JDT 2-1 East Bengal.
Pada Babak kedua perlawanan, asakan JDT berjaya membuahkan hasil apabila S Chanturu berjaya menjaringkan gol buat JDT menjadikan keputusan 3-1.
Pelawat terus memberi asakan kepada JDT, namun ketangkasan pertahanan JDT berjaya menafikan segala cubaan berbahaya East Bengal.
Tamat perlawanan JDT 4-1 East Bengal.