Pahang yang hanya beraksi seramai 10 orang tidak menghadapi sebarang masalah untuk menundukkan juara Liga MyanmarYadanarbon dengan keputusan 3-2.
2 Gol Pahang dijaringkan oleh penyerang berbisanya Dickson Nwakamea pada awal permainan, namun semangat Yadanarbon untuk menyamakan kedudukan berjaya ditunaikan selepas pemain pertahanan Pahang melakukan banyak kesilapan mudah. Gol pertama pasukan tuan rumah hadir apabila Damion Steward gagal membuang bola lalu menjaringkan gol sendiri.
Aksi Pahang makin goyah apabila Razman telah melakukan kesilapan besar dengan melakukan terjahan keras terhadap pemain tuan rumah di kawasan penalti dan diarah keluar padang selepas menerima kad merah. Peluang itu tidak disia-siakan Yadanarbon apabila Dyama mudah mengambil sepakan penalti tersebut dengan meletakkan kedudukan semasa 2-2.
Namun, Pahang tidak mengalah apabila asakan mereka berjaya membuahkan hasil. Bermula dari hantaran Hafiz Kamal akhirnya berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Gopinathan, Kemenangan tersebut memberi 3 mata berharga bagi Pahang dalam kempen Piala AFC musim ini.
Tamat perlawanan Pahang 3-2 Yadanarbon