Selepas berjaya merangkul piala sumbangsih apabila menewaskan Pahang Sabtu lalu, JDT sekali lagi memperolehi keja yang cukup manis apabila berjaya menewaskan wakil India yang juga merupakan juara liga di India iaitu Bengaluru FC hasil kemenangan tipis 2-1.
Gol-gol JDT dijaringkan oleh pemain importnya iaitu Haris Harun dan gol kemenangan JDT hadir pada masa tambahan melalui S Chanturu yang bijak menerima hantaran daripada Diaz. JDT akan bertemu dengan Bangkok Glass Fc iaitu wakil dari Thailand.
JDT dijadualkan akan bertemu Bangkok Glass Fc di Bangkok pada 10.2.2015. Ia merupakan perlawanan yang boleh dikatakan sukar kepada JDT, memandangkan lawan mempunyai pemain yang cukup hebat dan berpengalaman. Semoga JDT mampu menaikkan nama Malaysia dalam bola sepak di serantau Asia mahupun dunia.