Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi sidang dewan rakyat hari ini, memutuskan untuk mengenakan cas bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah semenanjung. Perkara ini dibuat berikutan mahu mengelakkan kes salah guna tempat letak kereta.
Menurut Timbalan Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi , langkah ini dilakukan bagi mengelak golongan yang sengaja menggunakan tempat letak kereta sebagai kawasan tetap meletakkan kenderaan berikutan mendapat banyak aduan daripada orang awam berikutan kapasiti tempat letak kereta yang semakin terhad.
Beliau juga sedang dalam usaha membuka tender bagi mana-mana syarikat menguruskan tempat letak kereta berkenaan dan harga letak kereta akan ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan sendiri.
** Walau bagaimanapun adalah lebih baik ia dikaji semula berikutan individu yang melakukan kesalahan bukanlah ramai tetapi yang menjadi mangsa adalah golongan yang tidak bersalah.