Penyerang Chelsea, Diego Costa dilihat berang dengan tindakan Mourinho yang menggugurkan beliau daripada kesebelasan utama skuad itu, ketika menetang Tottenham Hotspur di White Hart Lane, malam tadi.
Diego Costa jelas menunjukkan reaksi berang terhadap Jose Mourinho, apabila tidak menyertai rakan sepasukannya dalam sesi latihan sebelum perlawanan dimulakan. Kemarahan Costa kemudian tidak dapat dikawal lagi, apabila beliau dilihat membaling bib ke arah Mourinho.
Ketika Costa membaling bib berkenaan, ia tidak disedari oleh Mourinho kerana fokus memerhatikan pemainnya beraksi di atas padang. Perkara tersebut kemudiannya telah dibincangkan di laman web Daily Mail Online.
Pastinya insiden tersebut bakal memberi impak negatif kepada Mourinho dan Costa. Costa direhatkan berikutan tidak mempamerkan aksi yang baik pada perlawanan sebelumnya. Costa dilihat perlu memperbaiki prestasinya sekiranya ingin diturunkan sebagai kesebelasan utama. Dalam perlawanan tersebut Chelsea hanya mampu seri 0-0 dengan Tottenham.
Keputusan Liga Perdana Inggeris
Liverpool 1-0 Swansea
Tottenham 0-0 Chelsea
West Ham 1-1 West Brom
Norwich 1-1 Arsenal