.

Chong Wei berada di kedudukan ranking ketiga dunia

Lee Chong Wei kini berada di Ranking ketiga Dunia
Bekas pemain ranking nombor satu dunia dan jaguh utama sukan badminton negara Datuk Lee Chong Wei melonjak ke ranking nombor tiga dunia berdasarkan ranking yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) petang tadi.

Keadaan ini begitu menggembirakan buat dirinya serta seluruh rakyat Malaysia apabila Lee Chong Wei berada di landasan yang betul untuk layak beraksi di kejohanan Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.



Kedudukan ranking Lee Chong Wei berubah berikutan kejayaannya memenangi tiga kejohanan musim ini iaitu di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong. Keyakinan Lee Chong Wei dilihat semakin pulih biarpun didapati bersalah oleh BWF berikutan masalah doping dan terpaksa berehat panjang selama 8 bulan dan tidak dibenarkan bermain di mana-mana kejohanan.

Lee Chong Wei jelas menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Beliau sebelum ini berada di ranking ke 180 dan akhirnya pada hari ini beliau telah berada di ranking ketiga dunia. Syabas diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :